Thursday 21 November 2013

TELAH KU PATRIKAN CINTA

BAB 1

Suasana pada petang itu sungguh meriah. Hilai tawa  dan gurau senda dalam kesibukan membuat persiapan untuk majlis perkahwinan pada esok hari  memecah kesunyian rumah papan di pinggir jalan itu. Sesekali terdengar laungan suara memanggil tuan rumah bertanyakan itu dan ini.
Semakin menjelang petang semakin ramai saudara mara dan jiran tetangga yang hadir. Menawarkan diri membantu apa sahaja yang perlu. Memotong bawang, cili, daging dan apa sahaja yang dihulurkan kepada mereka. Sambil tangan terus lincah membuat kerja mulut sibuk mengunyah kuih muih yang disajikan seraya rancak berbual dan usik mengusik di antara mereka. Waktu-waktu begini wanita-wanita tua yang melatah seringkali diusik untuk menjadi bahan gurauan mereka.    
Khemah tetamu  pagi-pagi lagi sudah didirikan. Enam buah kanopi berwarna perak dipasang kemas di tengah halaman. Dihias indah dengan kain satin merah yang diikat beropol-ropol disetiap tiang di bucu khemah, menjadikan ruang halaman rumah itu begitu meriah. Entah berapa ribu yang dihabiskan oleh paklongnya, Amira tidak tahu. Ditambah dengan seekor lembu yang dibeli dari hujung kampung, pastinya majlis ini akan dibuat besar-besaran. Mana tidaknya, itu majlis perkahwinan anak tunggal kesayangan pak long dan mak longnya. Sudah tentu pasangan itu akan memastikan ia tidak dibuat sembarangan.
Di dapur, terdengar riuh suara maklong mengarah itu dan ini pada anak-anak buahnya. Sesekali terburai ketawa bangganya mungkin kerana terlalu gembira disakat jiran-jiran atau saudara mara konon bertuah bermenantukan  seorang  bakal eksekutif muda.
  Suasana menjadi bertambah meriah apabila sesekali terdengar laungan dan derai tawa anak-anak muda di belakang rumah yang sedang sibuk membina beberapa buah para dari batang pinang untuk menyusun pinggan mangkuk.
            Di ruang tamu, di hadapan pelamin, sekumpulan anak gadis sedang duduk  berkumpul menyiapkan bungkusan bunga telur dan gula-gula. Tersipu-sipu si bakal pengantin dek usikan teman-teman. Berseri-seri wajahnya tatkala mengenangkan saat-saat manis yang bakal menjelma. Bertuahnya badan kerana sudi disunting jejaka idaman. Kasihan pada mata-mata yang bakal terkebil-kebil melihat dia duduk bersanding di atas singgahsana yang terhias indah itu, esok. Pasti ada hati yang tersiksa melihat dia sebagai puteri yang berjaya bertahta di hati sang putera tampan di sisinya.
Ah, dah jodoh aku, desis hati si bakal pengantin penuh bangga.


Sunday 3 November 2013

Salam and good day...

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat tentang satu peristiwa yang berlaku pada satu masa dahulu. Seorang wanita bertudung litup datang dan duduk di kerusinya.
"Geramnya aku! ada ke dia panggil aku "puan"? Buta ke apa? aku cakap la pada dia balik 'hei! kau nampak muka aku ni macam muka 'puan' ke?" gerutunya dengan muka mencuka.
Aku menoleh.  Terkejut! Pelik! seorang 'profesional' marah-marah apabila dipanggil 'puan'. Aku renung muka dia yang mencuka tu. Lama. Nampak dalam 30 puluhan. Tambah-tanbah pulak badannya agak berisi. Memang layak dipanggil sebegitu. Ketika itu aku juga berusia sekitar tiga puluhan. Jadi sedikit sebanyak aku pasti mampu mengagak.
Aku fikir balik. Apa masalah dia ni sebenarnya? Dia faham tak apa niat sebenar orang yang menegurnya sebentar tadi? Pada aku kalau setakat penggunaan istilah tu, tak ada salahnya. Sebab penggunaan istilah 'puan' bukan setakat untuk wanita yang sudah berkahwin. Nak saja aku tarbiah perempuan tu, tapi tak payah cari masalah. Orang tengah panas biarkan dia sejuk dulu. 'Dulu'? Kemudian nak tarbiah dia? Eh! bukan maksud aku macam tu. Biarlah. Aku tak layak pun untuk tegur dia.
Cuma, kita sama-sama belajar dari kesilapan. Ada ketika aku juga dipanggil 'makcik' oleh anak-anak kecil. Malah oleh remaja, kadang-kadang. Tapi aku tak pernah 'jumping'. Biarlah, Asalkan mereka tegur dengan cara yang penuh hormat. Mereka 'say hello' itu pun dah cukup untuk menunjukkan yang mereka hormatkan kita. Aku tak pernah ambil pusing soal tu. (Cuma kadang-kadang bila tengok cermin, terfikir pulak, betul ke dah nampak macam makcik ni? Seram-seram...)
Berbalik pada istilah 'puan'. Kepada sesiapa yang tidak berapa jelas, sebenarnya istilah itu luas penggunaannya. Dalam keadaan formal, ia merujuk kepada seorang wanita. Tidak kira sama ada sudah atau belum berkahwin. Ada yang kurang jelas, perempuan dah kahwin, cerai, masih 'puan'?  Jawapannya, dalam surat atau keadaan formal, masih 'puan'. Itu istilah standart. Satu kerjalah pulak 'sipolan' yang hendak menaik surat tu terpaksa call tuan punya alamat, bertanya 'cik dah kawin ke belum...?'
Kalau kita ke restoran atau hotel, biasanya pelayan-pelayan tu akan menyapa kita berdasarkan apa yang mereka nampak. Tapi biasanya yang terdengar hanya 'madam' bukan 'miss'. Mungkin mereka hendak menunjukkan hormat dalam keadaan yang eksklusif macam tu. Yelah, nama pun formal!. Mungkin pada yang betul-betul nampak remaja sahaja barulah istilah 'miss' digunakan.
 Cuma dalam perbualan biasa terserah pada keadaan. Kalau kita tahu dia belum kahwin, tidak kira berapa usianya, panggil saja 'cik'  untuk menghormati statusnya. Tapi ada keadaan, seorang individu yang berusia masih selesa dipanggil 'puan'.Tidak ada masalah bagi mereka kerana secara peribadi mereka akan terasa lebih dihormati. Termasuk aku.
Jadi, janganlah marah kalau orang yang tidak dikenali tiba-tiba menyapa kita dengan istilah 'puan'. Kita senyum saja. Nak senyum macam mana? Terserah. Nak senyum ikhlas boleh, nak senyum menggoda (kalau kena tempatnya) pun boleh. Apa-apa pun kita dah dapat pahala sebab senyum itu kan sedekah?


Thursday 31 October 2013

'TELAH KUPATRIKAN CINTA'


Amira Fatiha - berjuang sendirian menyusur hari menepis bilur-bilur kepayahan yang menerjah langkahnya.Mohd Fitri Azim - berkelana mencari cinta yang hilang.Iskandar - menggendong kasih lama yang tidak kesampaian
Julia - terjerat di antara cinta dan nafsu

Akan menemui anda sedikit masa lagi....


sampai jumpa lagi... daaa....










bepeluh...!!!

Phieww...!!! bepeluh man! dah lama tak bukak blog. lupa segala! ok, start la ni siapa yang berminat rujuk-rujuklah blog ni ek, akan disajikan menu jiwa yang perrgghh!!! membawa jiwa anda berlayar jauh...


Friday 3 June 2011

Salam....

Salam...   what a very beautiful day.... this morning i being surrounded by few family members. my sister, the husband, brother in law, niece, nephew,.... wow! great man! 
 malam tadi bawak bebudak kecik tu ngan mak budak (bawak budak) gi i CITY.  riuh rendah bebudak tu sonok tgk lampu. org tua penat posing ha! ha! ha!